Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kehambaan Diri dan KeTuhanan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Ya Allah, Selamatkanlah Umat Islam Palestine

30 December 2008 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Saya membayangkan jika isteri dan anak saya di dalam keadaan sebegini. Benar-benar saya insaf dengan kemewahan yang Allah berikan kepada saya sekarang ini. Walaupun kemewahan ini bukanlah kekayaan, namun berbanding mereka, saya terlalu bertuah.

“Ya, Allah, ya Tuhanku, aku memohon kepadaMu agar Kau selamatkanlah umat islam Palastine daripada kejahatan musuh islam Rejim Yahudi.”

Ketika kita makan makanan yang enak, jangan lupa pada umat islam Palestine. Komunikasilah dengan Allah dengan mendoakan kesejahteraan mereka agar mereka juga mampu makan makanan yang enak seperti kita.

Ketika kita bersuka ria, komunikasilah dengan Allah memohon agar Allah juga memberi kegembiraan kepada umat islam Palestine.

Ketika kita tidur, komunikasilah dengan Allah dengan penuh pengharapan agar umat islam Palestine dapat tidur se lena kita.

Berkomunikasi dengan Allah MEMBENARKAN kita bukan hanya mendoakan umat islam Palestine di dalam solat sahaja, malah dalam setiap kerja yang kita lakukan. Bahkan juga, kita mampu mensyukuri nikmat Allah yang diberikan kepada kita berbanding nasib umat islam Palestine yang hidup dalam ketakutan dan penindasan Rejim Yahudi Laknatullah. Kita juga akan lebih berjaga-jaga di dalam hidup bermewah-mewah dengan kesenangan yang kita perolehi.

Jika umat Palestine sentiasa berkomunikasi dengan Allah, pasti akan bergegar bumi Israel Laknatullah dan pasti hati-hati Yahudi Laknatullah sentiasa berdebar seolah-olah ada sesuatu yang akan menimpa mereka. Dan sememangnya bala sedang menanti izin Allah untuk melanda Yahudi Laknatullah.

“Ya Allah, selamatkan bumi Palestine ya Allah. Ya Allah selamatkan umat islam Palestine. Kentalkan jiwa mereka mengharungi Yahudi Laknatullah. Kau jadikan hati-hati yahudi itu sentiasa berdebar, resah, takut, tidak tenteram dan tunduk kepada kekuasaanMu ya Allah.”

Popularity: 10% [?]

Incoming search terms:

Facebook Comments

  • Bengkel JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Ego itu merupakan rasa ke'Aku'an. Apabila kita jauh dengan Allah SWT, kita akan berasa ego. Mengapa? Kerana kita lupa diri yang kita ini hanyalah insan yang hanya berdaya dengan kekuatan yang sedikit sahaja dialirkan oleh Allah SWT. Jika kita memiliki kesedaran tertinggi kepada Allah SWT, pasti kita tidak akan ada rasa ke'Aku'an ini kerana kita sedar siapa kita.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Arkib

  • Popular Keyword