Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kehambaan Diri dan KeTuhanan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Selamat Tahun Baru Hijrah 1430H

28 December 2008 | 4 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Kasih sayang Allah adalah suatu yang tidak boleh dijual beli. Tiada yang lain yang diharapkan selain dari kasih sayang Allah.

Apakah yang terpenting di dalam hidup kita untuk berubah ke arah kebaikan untuk mencapai kejayaan yang diidamkan? Apakah yang terpenting di dalam hidup untuk memastikan azam kita di tahun baru hijrah ini mampu direalisasikan? Apakah sesuatu yang dikatakan 100% penting tersebut?

Allah maha hebat. Sehinggakan di dalam matematik pun, DIA menjelaskan bahawa kasih sayang Allah adalah yang terpenting. Lihat bagaimana pengiraan huruf dan nombor menjelaskan hal ini.

Dan apa pula yang sangat-sangat penting sehingga mampu melangkaui 100% tersebut menjadi 101%? Jika kita mewakilkan huruf dan nombor, maka kita akan perolehi begini:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
diwakili oleh:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

Maka:

H-A-R-D-W-O- R- K
8+1+18+4+23+ 15+18+11 = 98%

K-N-O-W-L-E- D-G-E
11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96%

DA N
A-T-T-I-T-U- D-E
1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%

Untuk berubah, kita perlu menukar attitude kita. Kita tidak boleh berfikiran sempit.  Sentiasa fikir positif. Namun mengubah ATTITUDE semata-mata kita tidak mampu untuk mencapai apa jua kejayaan.  Kita masih mempunyai fikiran negatif kerana kita tidak pernah membuangkannya.

Apa yang kita lakukan, hanya menambahkan kekuatan fikiran positif tanpa membuang fikiran negatif. Ia tetap bahaya. Kalau sesuatu kekecewaan terjadi kepada kita dan ia memangkinkan fikiran negatif tadi, sehingga fikiran negatif menjadi dominan, maka kita akan bertindak melampaui batas-batas kemanusiaan. Inilah yang dibimbangkan dan fikiran negatif ini perlu dibuang sambil menambah fikiran positif.

Caranya kita perlukan sesuatu yang lebih dari 100%. Kita perlukan 101% !!!!

Cuba kita lihat di bawah
L-O-V-E-O-F- G-O-D
12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%

Ya, kita perlukan kasih sayang Allah untuk mencapai kejayaan yang kita inginkan. Kita perlukan izin Allah. Sesuatu itu tidak akan dicapai tanpa izin Allah. Lakukanlah berhempas pulas seperti kata pepatah melayu “sampai separuh mati” pun pasti tidak akan berjaya jika tidak mendapat keizinan Allah.

Makanan yang lazat mampu dibeli walaupun semahal mana pun. Namun jika Allah tidak izinkan rasa makanan itu lazat setelah masuk ke tekak kita, pasti makanan lazat itu tidak berguna lagi kepada kita walaupun lazat di tekak orang lain.

Komunikasilah dengan Allah dan sentiasa memohon agar bukan sahaja kita mendapat kasih sayang Allah tetapi Allah titipkan rasa kasih sayang dan cinta dalam hati kita kepada Allah. Kita perlu kasih, sayang dan cinta kepada Allah untuk mendapatkan kasih sayang Allah (walaupun Allah sentiasa menyayangi hambaNya walau apa pun kita lakukan kepadaNya).

Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah. Lakukan komunikasi setiap saat dengan Allah seperti blog ini sarankan sebagai satu perubahan kecil yang dapat dilakukan sempena tahun baru kita ini. Rasakan kesannya yang cukup besar dalam kehidupan saudara dengan perubahan yang kecil ini.

p/s Huruf dan nombor ini hanya satu analogi. Jika saudara dapat mencari sesuatu lebih 101%, IA TIDAK BERMAKNA IA LEBIH PENTING DARIPADA KASIH SAYANG ALLAH. Kasih sayang Allah termasuk dalam Redha Allah dalam kontek cerita ini.

Popularity: 9% [?]

Facebook Comments

  • Bengkel JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Ya Allah Kau kurniakan kepada kami pendamping yang terbaik, pernikahan yang berkah, rumahtangga yang sakinah, keturunan yang soleh dan solehah.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Arkib

  • Popular Keyword