Pengorbanan Yang Boleh Dilakukan Oleh Usahawan Internet Sempena Iduladha
6 December 2008 | Tiada Komen |
Cetak Artikel
Apabila Idulahda menjelma, tidak lain tidak bukan kisah yang sering kedengaran adalah isu pengorbanan. fuadlatip.com kali ini ingin mengulas sedikit tentang pengorbanan oleh usahawan internet di dalam perniagaan masing-masing.
Ada dua bentuk pengorbanan yang boleh dilakukan oleh usahawan internet dengan mudah. Pastinya semua usahawan internet boleh lakukannya tanpa ada halangan.
1. Pengorbanan masa dan ilmu
Saya satukan pengorbanan masa dan ilmu ini sebagai satu pengorbanan kerana ia berkaitan. Usahawan internet mempunyai banyak ilmu tentang perniagaan internet. Ini kerana kita menjalankan perniagaan internet ini dan terbukti mendapat hasil yang baik malah boleh dikatakan agak lumayan.
Pengorbanan yang saya maksudkan di sini adalah pengorbanan masa untuk memberi ilmu perniagaan ini kepada masyarakat di dalam bentuk penulisan. Tulislah sebarang laporan atau ebook PERCUMA di dalam apa jua tajuk di dalam usahawan internet untuk masyarakat. Jika tidak tahu menulis, boleh juga beri di dalam bentuk video dengan menggunakan screen capture.
Mungkin kita tidak mampu memberikan pengorbanan yang besar. Tetapi memberi ilmu secara percuma, pahalanya tidak akan berkurangan. Jika mereka yang belajar dan mempraktikkan apa yang diajar kita akan memiliki pahala yang berganda-ganda. Malah jika ilmu tersebut memberikan manafaat kepada orang lain setelah dipraktikkan, inshaAllah kita akan dikurniakan ucapan terima kasih daripada orang lain.
2. Zakat pendapatan
Hujung tahun sudah hampir. Adalah lebih baik jika bagi sesiapa yang belum menunaikan zakat pendapatan segera menunaikannya. Zakat fitrah telah kita lakukan semasa Idulfitri. Kini kita berikan zakat pendapatan hasil daripada perniagaan internet kita.
Undang-undang di Malaysia mensyaratkan kita membayar cukai pendapatan. Kita sibuk dengan cukai ini. Tetapi kita tidak sibuk dengan zakat pendapatan sedangkan jika kita membayar zakat kita sebenarnya tidak perlu membayar cukai pendapatan tahunan dengan secara pengiraan yang ditetapkan kerajaan.
Maka UTAMAKAN ZAKAT PENDAPATAN daripada cukai pendapatan.
*Di dalam borang cukai pendapatan, ada bahagian jumlah zakat yang dibayar. Biasanya zakat akan lebih tinggi berbanding cukai. Secara langsungnya cukai – zakat = -ve. Ini bermakna kita tidak perlu membayar cukai pendapatan.
Semoga dengan dua perkara tersebut, kita memiliki roh pengorbanan. Teruskan hidup BerTuhan dengan sebenar-benarnya.
Salam Iduladha.
Popularity: 2% [?]
Tags: iduladha > ilmu > pengorbanan > usahawan internet







