Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kehambaan Diri dan KeTuhanan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Nur Durrotun Nasihah

18 December 2008 | 3 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Ini anak saya. Umur 2 tahun 4 bulan. Beliau bercakap menggunakan dua bahasa. Masih pelat tapi banyak cakap dan bertanya itu ini. Dia bercakap bahasa melayu dengan saya. Tetapi bercakap bahasa Melanau dengan isteri saya. Isteri saya Dr. Norliza orang melanau. Tidak langsung bercakap bahasa melayu dengan Nasihah sejak Nasihah kecil. Sayang jika bahasa asal dilupakan oleh generasi yang baru.

Nasihah tahu 2 perkataan untuk setiap sesuatu. Bukan itu sahaja. Dia tahu menggunakan perkataan yang mana satu ketika bercakap dengan saya dan yang mana satu bercakap dengan isteri saya.

Nasihah masih belum mampu memahami konsep berkomunikasi dengan Allah.  Tetapi untuk setiap soalan yang ditanya pada saya, saya akan cuba jelaskan dengan mengaitkan dengan Allah.

Nasihah suka bertanya, “apa tu” kalau dia nampak sesuatu yang dia ingin tahu. Saya akan jelaskan sesuatu itu dan mengaitkannya dengan Allah. Moga-moga perkataan Allah itu sentiasa didengarinya dan ada kaitan dengan setiap kehidupannya. Itu yang saya dan isteri amalkan.

Kalau dia bertanya “apa itu” dan menunjukkan barang mainan sebagai contoh, saya akan jawab, itu robot. Robot tu tak sama dengan manusia. Dia tak ada nyawa macam Allah beri nyawa pada kita.

Saya jawab dengan penerangan yang jelas untuk Nasihah memahami dan dapat mengaitkan dengan Allah. Saya tahu ia tidak mampu mengaitkannya kini tetapi ia akan mengingatinya nanti apabila ia mampu memahami mengikut perkembangan tumbesarannya.

Waktu malam, saya suka ajak dia duduk semeja dengan saya. Saya buat kerja dan nasihah dengan buku warnanya. Minggu lepas saya belikan buku untuk menyambung dot gambar kartun. Dan kemudian gambar kartun itu boleh diwarnakan.

Memang benar Nasihah tak mampu nak sambungkan dot tersebut sebab dia hanya boleh sebut nombor 1-10 tetapi belum mengenalinya. Mula-mula saya ajar sambungkan dot dengan pegang tangannya. Kemudian biar dia sambungkan sendiri mengikut gerak hatinya. Biarlah begitu. InshaAllah lama-lama adalah skill yang dapat dilahirkannya. Saya cuba mewujudkan amalan untuk buat kerja sama-sama di atas meja makan setiap malam. Saya dan isteri buat kerja atau bisnes internet, Nasihah belajar ilmu baru untuk pertingkatkan skill.

Lagi 8 bulan Nasihah akan berumur 3 tahun. Mengikut kaedah Shichida, Nasihah mesti boleh kenal huruf dan nombor sebelum umur 3 tahun. Ini bermakna mulai 3 tahun, Nasihah sudah mampu untuk membaca. Apabila kanak-kanak tahu membaca, maka lebih mudah ia mencari ilmu. Saya dan isteri ada 8 bulan lagi untuk memastikan Nasihah kenal huruf dan nombor.

*kaedah Shichida adalah teknik guna otak kanan.

Bila nasihah sudah pandai membaca, saya akan ajarkan Nasihah programming untuk internet. Biar dia  pandai buat laman web dan ada blog sendiri. Nasihah boleh menulis blog sendiri sejak kecil dan menceritakan kisah hidupnya. Tentu menarik membaca isi hati kanak-kanak. Saya memohon kepada Allah agar semua ini tercapai dan ia merupakan salah satu perkara yang terbaik di dalam hidup kami sekeluarga.

p/s Saya sedang menulis artikel bersiri. Saya cuba postkan satu artikel yang pertama malam ini esok (anak minta perhatian lebih malam ini). Diharapkan ada yang tidak sabar menantinya. Jika adalah.

Popularity: 10% [?]

Facebook Comments

  • Bengkel JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Kita ini insan yang hanya memiliki daya dan kekuatan yang dialirkan Allah kepada kita. Makanya tiada yang lain yang mampu kita lakukan melainkan berserah segala-galanya kepada Allah SWT.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Arkib

  • Popular Keyword