Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kehambaan Diri dan KeTuhanan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Ketenangan Yang Kita Impikan

23 December 2008 | 4 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Tempat yang paling tenang di dunia adalah di Masjidil Haram, Mekah. Kenapa di sana tenang? Kerana orang-orang yang berada di dalamnya fokus hanya kepada Allah. Memperhambakan dengan sebenar-benarnya kepada Allah. Memohon, berdoa, berzikir, mengadu, bercerita atau ringkasnya BERKOMUNIKASI dengan Allah sepanjang masa TANPA memikirkan soal kerja, anak pinak dan harta benda. Segala-galanya adalah penyerahan diri yang tulen kepada Allah S.W.T

Apabila semua orang yang berada di Masjidil Haram berkomunikasi dengan Allah, mereka berfikir dalam keadaan di luar BETA. Mereka berfikir dalam frekuensi samaada Alpha, Thetha ataupun Delta. Ketenangan dicapai apabila masing-masing ikhlas BERKOMUNIKASI dengan Allah.

Persekitaran juga akan dipengaruhi dengan frekuensi setiap orang yang berada di dalam masjid ini. Lalu apabila kita datang dan berada di dalam Masjid ini, ketenangan yang dirambat dengan frekuensi ini akan menyerap masuk ke dalam diri kita. Kita juga akan menjadi tenang.

Kerana itu, mereka yang menunaikan haji berasa ketenangannya. Semua ini adalah hukum alam Allah. Apabila kita sentiasa BERKOMUNIKASI dengan Allah, maka kita akan fokus kepada Allah. Dalam sedar, kita lupakan yang lain. Kita menggunakan otak kanan untuk berfikir. Frekuensi otak kita menjadi rendah. Kita lebih tenang.

Dalam ketenangan, pelbagai idea, ilham dan sebagainya akan wujud. Segala kesakitan, perkara negatif, perangai jahat, segala penyakit dapat diatasi oleh kekuatan rohani kita.

Ketenangan yang kita impikan…..

Jika semua orang sentiasa BERKOMUNIKASI dengan Allah, sudah pasti semua umat islam akan sentiasa tenang. Negara tenang. Umat islam akan kental jiwa nya. Akan sihat jasmaninya. Segalanya redha dengan pemberian Allah. Rezeki dicari tanpa ada hasad dengki dan penipuan. Pemimpin memimpin dengan penuh keikhlasan. Rakyat akan hidup penuh dengan keberkatan Allah.

BERKOMUNIKASI bukan sekadar bercakap-cakap dengan Allah. Malah semua amal ibadah termasuk doa, zikir, puasa, solat, memohon izin setiap apa yang dilakukan, bercerita dengan Allah, beritahu Allah apa yang difikirkan, dilakukan, dilihat, didengar dan sebagainya termasuk dalam BERKOMUNIKASI dengan Allah.

Indahnya jika semua ini dimengertikan. Semoga segala impian menjadi kenyataan. Ameen.

p/p/s Apabila seseorang berfikir di dalam frekuensi delta, ia adalah sama dengan berada di alam Roh. Kerana itu, ramai yang pergi menunaikan haji dapat melihat pelbagai perkara termasuk Syaitan. Ini bukan dongeng. Ini telah dibuktikan oleh sains bahawa frekuensi delta adalah sama dengan berada di alam Roh.

p/p/s Saya masih berusaha menyiapkan Video yang pertama untuk artikel bersiri Kenali Otak Kita Di dalam Hidup Bertuhan.

Popularity: 19% [?]

Facebook Comments

  • Bengkel JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Ya Allah Kau kurniakan kepada kami pendamping yang terbaik, pernikahan yang berkah, rumahtangga yang sakinah, keturunan yang soleh dan solehah.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Arkib

  • Popular Keyword