Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kehambaan Diri dan KeTuhanan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Kenapa Perubahan Tidak Kekal?

15 December 2008 | 5 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Dulu saya begitu. Semangat berubah jangan ditanya. Meluap-luap. Malah kalau ikutkan semua sikap mampu diubah sekelip mata. Semuanya selepas kursus motivasi. Semuanya selepas membaca kisah kejayaan orang berjaya. Semuanya selepas membaca kisah orang menjadi insaf setelah sesuatu berlaku kepadanya. Semuanya selepas mendengar tazkirah dan ceramah agama. Semuanya selepas mendengar CD dan VCD meningkat kualiti diri dan hidup.

Saya tidak tahu dengan saudara. Tetapi itulah saya. Tetapi hakikatnya tidak lama. Lama-kelamaan semuanya kembali seperti biasa. Mungkin ada perubahan. Namun sedikit. Kekadang saya tertanya-tanya kenapa pakar motivasi selalu berkata, tidak mengapa. Berubah sedikit pun tidak mengapa. Jika benar tekniknya kenapa perubahan tidak berlaku banyak? Saya akan salahkan diri sendiri kembali. Tapi kenapa kita sering diajar untuk menyalahkan diri sendiri sahaja?

Lama mencari. Puas memahami. Belajar ke sana sini. Tanya pelbagai orang. Semuanya ingin tahu untuk mendapatkan perubahan kekal.

Tanya pakar motivasi, jawapannya mesti fikir positif.

Tanya ustaz, jawapannya kena banyakkan amal ibadah.

Tanya orang tua, jawapannya mesti berkawan dengan orang baik-baik.

Tanya cikgu, jawapannya mesti berkelakuan baik.

Aduh!! Semuanya betul. Tetapi jawapannya tidak jelas. Bagaimananya itu yang ingin saya ketahui. Saya tidak nampak jalannya.

Mesti fikir positif. Bagaimana saya mampu berfikir positif kalau saya sekarang ini dalam keadaan tidak ada semangat. Paksa diri? Sejauh mana saya mampu? Perubahan berlaku ketika saya mampu paksa diri saya.

Banyakkan amal ibadah. Bagaimana kesan amal ibadah jika kita melakukannya kerana terpaksa. Bagi orang yang ingin berubah macam saya, amal ibadah seperti banyakkan solat sunat di pertiga pagi, baca Al Quran, berpuasa dan sebagainya bukan sesuatu yang mudah dan ringan bagi saya. Sejauh mana dan selama mana saya mampu lakukannya?

Jawapan susulan pasti akan berkata..Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Masalahnya bukan hendak atau tidak hendak. Masalahnya adalah HAKIKATNYA adalah sukar jika perubahan yang dikehendaki dipaksa.

Saya akan menceritakan berkenaan dengan paksaan di dalam hukum tarikan atau Law of Attraction di artikel yang lain nanti. Tetapi motivasi seperti di atas adalah berbentuk paksaan.

Ada juga yang kata motivasi kekal adalah datang dari jiwa atau hati. Sebagai cth, Bagaimana orang boleh berhenti merokok? Kerana keinginan berhenti datangnya dari hati dia. Tetapi adakah semangat datang dari hati semata-mata? TIDAK.

Kini saya mula faham dan tahu rahsianya.

Apa membuatkan sebenarnya dia berjaya berhenti merokok? Perkara utama yang ramai berhenti merokok tanpa mereka sendiri sedar adalah kerana RASA SEDAP MEROKOK sudah tiada. Perasaan atau nafsu kenikmatan rasa rokok sudah tidak ada. Siapakah memberikan kenikmatan merokok ini? Sudah pastinya ALLAH S.W.T.

Begitu juga dengan melakukan kejahatan. Jika kita mampu menghilangkan rasa suka melakukan kejahatan, pasti kita tidak akan lakukannya. Fitrah kita, akan melakukan apa yang kita suka.

Maka jalan penyelsaian agar perubahan kekal adalah sentiasa BERKOMUNIKASI dengan Allah. Yakinlah bahawa dengan komunikasi dengan Allah, Allah akan sentiasa memelihara jiwa atau hati kita.

Dimasukkan oleh Allah rasa tidak suka terhadap perkara negatif dan juga kejahatan dalam jiwa kita. Kita dibebaskan oleh Allah dengan fikiran negatif apabila sering komunikasi dengan Allah.

Inilah motivasi yang kekal kerana jika kita sentiasa berkomunikasi dengan Allah, kita akan rasakan bahawa Allah sentiasa berada dekat dengan kita. Sebelum ini kita tahu Allah ada sangat hampir dengan kita. Semua percaya dan ketahuinya bukan? Namun bagaimana rasanya? RASANYA TIADA. Kalau ada, masa kan kita masih melakukan dosa kecil atau besar?

Jika kita berkomunikasi, PERCAYALAH, RASA ALLAH ITU DEKAT SENTIASA ADA. Lalu kita yakin dengan pertolongan Allah. Allah akan buang segala fikiran negatif yang ada dalam diri kita.

Bila perasaan dengki pada orang wujud, maka Allah hilangkan rasa itu dari jiwa kita. Bila kita fikir perkara tidak baik, Allah hilangkan perasaan itu apabila kita mengadu padaNya.

cth:
Kata orang fikir positif, jangan dengki atau benci pada orang, Hakikatnya kita tidak boleh buang perasaan itu. Agak sukar.

Konsep berTuhan, tidak mengapa rasa benci atau dengki pada orang. Tapi ceritakan pada Allah  “ya Allah, bencinya aku tengok si polan tu. Malas kerja tapi bodek pandai.”

Percayalah Allah akan campakkan kesedaran dalam jiwa kita serta merta dan akhirnya kita sendiri akan sedar yang kita tidak seharusnya rasa benci dan dengki. Akhirnya kita akan lebih tenang. Perasaan tidak benci atau dengki bukanlah dipaksa. Ia wujud sendiri atas anugerah Allah.

Komunikasi dan doa tidak sama. Doa adalah salah satu cara komunikasi dengan Allah. PALING BANYAK KITA LAKUKAN ADALAH DOA DAN ZIKIR YANG MANA IA HANYA SEBAHAGIAN DARI KOMUNIKASI DENGAN ALLAH. Tetapi kita jarang berkomunikasi dengan Allah seperti bercerita apa yang kita nampak, yang kita fikir, yang kita dengar. Jarang kita komunikasi apa yang kita sedang lakukan, ingin lakukan, telah lakukan.

Maka berkomunikasilah denganNya walau apa jua tajuk. Walau apa jua perkara dan cerita. Ceritakan sentiasa pada Allah nescaya Allah akan titipkan rasa tenang dan positif dalam jiwa kita.

AKHIRNYA, kita tidak perlu memaksa diri untuk berfikir positif. Tidak perlu memaksa diri untuk berubah kerana semuanya datang dari jiwa super yang dekat dengan Allah.

Popularity: 13% [?]

Incoming search terms:

Facebook Comments

  • Bengkel JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    5 rukun islam itu mesti dilakukan dengan sengaja. Apa itu sengaja? Iaitu dilakukan dalam keadaan sedar. Ambil satu rukun iaitu solat. Ramai yang solat tapi tidak sedar yang dia sedang bersolat. Fikiran terbang merata-rata ketika solat. Ia termasuk dalam lalai di dalam solat.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Arkib

  • Popular Keyword