Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

Buang Fikiran Negatif Dengan Komunikasi Dengan Allah

14 December 2008 | 5 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Share/Bookmark

Saudara,

Pada tahun 2005, saya dan isteri telah banyak mengikut seminar dan tunjuk ajar Doug Bench daripada Science for Success. Walaupun beliau orang barat namun banyak kupasan beliau berkenaan dengan kuasa minda dapat membantu saya dan isteri lebih memahami konsep kuasa minda. Saya juga membaca buku-buku super sedar dari barat seperti Silva Mind Control oleh Jose Silva, Mind Power and Privileges oleh Albert B. Olston dan pelbagai lagi. Kini saya sedang cuba dapatkan buku di amazon.com iaitu The Sufi Science of Self-Realization oleh Shayk Muhammad Hisham Kabbani dan juga Liberating the Soul: A Guide For Spiritual Growth, Volume One (Sufi Wisdom Series) oleh Shaykh Adil Al-Haqqani, Shaykh Muhammad Hisham Kabbani.

Sejak dibangku sekolah hingga kini, saya tidak tahu berapa banyak kelas motivasi yang saya hadir. Ringkasnya terlalu banyak. Tetapi kesannya sedikit. Bukan saya menyalahkan kelas motivasi. Mungkin diri sendiri yang salah. Saya adalah manusia yang jenisnya inginkan fakta untuk setiap sesuatu sehinggalah sesuatu perkara itu tidak mampu dijelaskan kerana hanya Allah sahaja yang tahu. Namun jawapan “hanya Allah sahaja yang tahu” diterima jika saya jelas dengan jawapan sebelumnya untuk sesuatu keraguan. Seperti contoh, orang kata untuk berjaya kita mesti berusaha. Kita mesti rajin. Kita mesti mempunyai sikap orang cemerlang. Kita mesti fikir positif. Persoalannya bagaimana?

Saya selalu lihat bagaiman seorang yang ketagih rokok yang sudah berhenti merokok bertahun lama akhirnya tewas dan menghisap rokok kembali. Kita juga sering melihat bagaiman seorang yang telah insaf melakukan kejahatan, akhirnya melakukan kejahatan kembali. Penagih dadah yang telah pulih akhirnya hisap dadah kembali.

Ada juga wanita yang telah bertudung, akhirnya tidak memakai tudung kembali. Mereka yang telah pergi haji, berubah sikap tetapi akhirnya dalam 3-4 tahun kembali ke sikap asal sebelum pergi haji atau berkurangan sikap perubahan baiknya setelah pergi haji dahulu.

Saya selalu perhatikannya.

Dengan pembacaan buku-buku berkenaan dengan kuasa minda, saya memahaminya iaitu manusia biasa seperti kita mempunyai 80% fikiran negatif. Kita tidak mampu membuangkan dengan hanya berfikir positif. Dengan berfikiran positif, fikiran negatif tetap ada. Namun disebabkan kita mampu berfikir positif setelah kita hadir ke kelas motivasi, setelah kita menunaikan haji, setelah penagih dadah dirawat, fikiran positif menjadi dominan dalam diri dan membuatkan kita berubah. Namun sejauh mana kita dapat menahan dominasi fikiran positif ini sedangkan fikiran negatif masih ada dan sentiasa memberontak untuk cuba menjadi dominan? Dan fikiran negatif ini sentiasa meningkat dari hari ke sehari kerana kita lebih banyak berfikir negatif (fitrah manusia). Akhirnya kita gagal kekal dengan perubahan yang kita lakukan.

Apa yang diajarkan oleh barat, kita mesti sentiasa berfikir positif seperti juga pakar-pakar motivasi di negara kita syorkan. Jika kita mampu berfikir positif kita akan mampu menjadi cemerlang. Ya, ia berkesan. Tidak dinafikan. Namun berapa ramai yang mampu bertahan untuk tempoh yang lama. Sekali lagi ingat, fikiran negatif sentiasa ada dalam diri kita. Kita mempunyai 80% fikiran negatif dan ia sentiasa ditambah dengan fikiran negatif baru hari demi hari. Seperti yang saya katakan, ia adalah fitrah manusia.

Di dalam kajian sains kita mempunyai 6 kategori fikiran. 1 adalah sedar dan 5 adalah tidak sedar. 80% daripada semuanya adalah fikiran negatif. Lebih teruk lagi kerana fikiran tidak sedar adalah lebih hebat dari fikiran sedar sebanyak 800 kali ganda. Manakan mampu akhirnya fikiran positif ini menahan kemaraan fikiran negatif.

MAKA BAGAIMANA UNTUK MENGEKALKAN PERUBAHAN BAIK YANG KITA LAKUKAN?

Jawapan mudah adalah dengan membuang fikiran negatif. Membuangnya menjadi zero adalah mustahil kerana kita adalah manusia biasa yang fitrahnya banyak dengan fikiran negatif setiap hari. Namun kita boleh kurangkannya. Lalu persoalannya BAGAIMANA?

SENTIASALAH BERKOMUNIKASI DENGAN ALLAH. Percayalah bahawa jika kita sentiasa berkomunikasi dengan Allah bukan hanya di dalam solat dan doa sahaja namun sepanjang masa walau apa pun kita lakukan dan bukan hanya di dalam keadaan memohon sahaja, Allah akan buangkan fikiran negatif kita. Kerana apa? Kerana segala-galanya kita bersandar pada Allah 100% dengan penuh keyakinan.

Komunikasilah dengan Allah walau apa jua perkara samada memohon, meminta, berkongsi cerita, berkongsi kejayaan, mengadu, dan sebagainya kerana Allah sentiasa dekat dan sangat-sangat hampir dengan kita. Allah adalah peneman yang Maha Setia yang sentiasa ingin mendengar cerita-cerita dari hambaNya. (baca artikel-artikel saya sebelum ini contoh-contoh saya berkomunikasi dengan Allah).

Saya mengamalkannya dan ramai kawan-kawan saya yang saya kongsikan pengalaman saya iaitu sentiasa berkomunikasi dengan Allah mampu membuang fikiran dan sikap negatif dan yang tinggal adalah semuanya positif. Hidup lebih tenang. Apa yang dihajati, Alhamdulillah dikurniakan Allah, dan perasaan sayang, cinta dan kasih pada Allah sentiasa bertambah dari hari ke sehari.

Komunikasilah dengan Allah setiap saat. Inilah dia RAHSIA motivasi dan perubahan yang kekal.

p/s Marilah bersembang-sembang dengan saya jika ada kelapangan di kedai mamak atau mana-mana. Saya suka berkongsi cerita berkenaan dengan kuasa jiwa dan kuasa minda. Kita boleh berkongsi ilmu. InshaAllah.

Incoming search terms:

Facebook Comments

  • Bengkel JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • RSS FB JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    5 rukun islam itu mesti dilakukan dengan sengaja. Apa itu sengaja? Iaitu dilakukan dalam keadaan sedar. Ambil satu rukun iaitu solat. Ramai yang solat tapi tidak sedar yang dia sedang bersolat. Fikiran terbang merata-rata ketika solat. Ia termasuk dalam lalai di dalam solat.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword