Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kehambaan Diri dan KeTuhanan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Bagaimana kita mempercayai Qada’ dan Qadar Allah?

4 December 2008 | 3 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Jika anda mempunyai matlamat yang BUKAN ditakdirkan maka dengan apa cara sekalipun anda akan gagal. Anda akan mencapai apa jua keinginan yang anda impikan HANYA dan KALAU apa yang anda impikan itu telah ditakdirkan. Maka sebenarnya setiap insan itu hidup dengan tujuan dan misi yang ditakdirkan. Ketahuilah dan selami tujuan anda dicipta maka jalan-jalan kejayaan menggamit setiap detik kehidupan. Kehidupan anda bukan hanya BERJAYA bahkan akan LEBIH BERMAKNA.

Ramai yang berpendapat bahawa kata-kata positif, minda akan menjadi positif. Malah di dalam Law of Atraction, inilah yang diajarkan. Namun jika anda ambil satu senario yang mungkin anda juga pernah lalui dimana MINDA anda telah disaran dengan KATA-KATA (affirmation) tetapi hati masih meragui kata-kata tersebut samada boleh atau tidak anda melakukan apa yang anda sarankan kepada minda anda. Maka itu tandanya anda tidak positif dan sukar untuk positif bahkan anda secara tidak langsung telah merosakkan sistem minda bawah sedar anda. Kepercayaan dengan kata-kata positif bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa. Ia datang dari jiwa dan sebaiknya dari jiwa yang tenang.

Minda yang dikatakan positif belum tentu jiwa turut positif tetapi JIWA YANG POSITIF AKAN MENJANA MINDA YANG POSITIF 100%.

Anda akan berjaya HANYA dan KALAU ianya adalah yang ditakdirkan untuk anda. Jika anda berlari ke matlamat yang salah akhirnya anda akan kecundang dan kecewa. Jika anda bukan ditakdirkan sebagai doktor tetapi anda berkeras untuk menjadi doktor maka sebenarnya anda telah menganiaya diri anda sendiri.

Sekali lagi, ingatlah Anda akan berjaya HANYA dan KALAU ianya adalah yang ditakdirkan untuk anda.

Rujukan
Dr Azhar Hj. Sarip (http://www.minda-supersedar.com)

Popularity: 30% [?]

Incoming search terms:

Facebook Comments

  • Bengkel JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Milikilah kesedaran tertinggi agar kita mampu memiliki rasa kehambaan yang mendalam kepada Allah SWT sebagai asas terhadap ibadah yang dilakukan. Berserahlah kepadaNya untuk memiliki ketenangan hidup di dunia dan akhirat. "Ya Allah gantilah kegelisahan di hati ini dengan ketenangan yang membahagiakan. Terima kasih Allah, terima kasih".
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Arkib

  • Popular Keyword