Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

Seminar Perniagaan Melalui Internet Dalam Gerakan Koperasi

1 November 2008 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

FacebookGoogle GmailYahoo MailWordPressTwittermore

Saya sedang sibuk menyiapkan slide presentation untuk seminar yang akan diadakan pada 11 & 12 Nov ini. Saya dijemput untuk menjadi pembentang kertas kerja ke-3 bertajuk Strategi-strategi Pemasaran Melalui Internet.

Saya ingin menceritakan kenapa saya menumpukan sepenuh perhatian dengan memberikan maklumat berkenaan pemasaran di dalam perniagaan internet kepada penduduk malaysia. Walaupun ramai yang masih lagi baru di dalam ingin memulakan perniagaan internet, saya telah membawa penduduk malaysia satu langkah ke hadapan di dalam perniagaan di internet iaitu melakukan pemasaran di internet.

Ketika buku saya dilancarkan pada tahun 2006, ia mangambil masa lebih 4 bulan untuk cetakan pertama habis dijual. Tetapi cetakan kedua dapat dihabiskan dengan lebih cepat. Apa maknanya?

Ketika buku tersebut masih dilancarkan, penduduk malaysia masih baru ingin bermula di dalam perniagaan di internet. Kursus, seminar, ebook dan sebagainya berkenaan dengan perniagaan internet menjadi seperti goreng pisang panas. Ketika itu pemasaran di internet bukanlah satu perkara yang mendapat sambutan seperti sambutan terhadap pengetahuan untuk memulakan perniagaan di internet. Ini kerana pemasaran internet merupakan satu langkah yang ‘advance’ bagi mereka yang baru ingin menjinakkan diri dengan perniagaan internet.

Namun 2 tahun telah berlalu. Akhirnya semua orang yang telah melakukan perniagaan internet memerlukan pengetahuan pemasaran di internet. Bagi mereka yang sedia ada perniagaan, memulakan perniagaan mungkin tidak menjadi masalah besar walaupun mereka perlu belajar perniagaan di internet. Hakikat perniagaan online dan offline masih ada bezanya. Tetapi pemasaran merupakan lebih penting kepada perniagaan mereka.

Saya akan terus mengkaji pemasaran di internet yang berkesan dan dapat membantu perniaga di internet mendapat profit yang konsisten secara berterusan.

Seminar yang diadakan oleh Maktab Kerjasama Malaysia ini diharapkan dapat memberikan pengalaman yang penuh bermakna bagi saya untuk saya sebarkan teknik pemasaran yang betul-betul efektif di internet.

Jumpa saya di sana.

Facebook Comments

  • FB GROUP JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Kita ini insan yang hanya memiliki daya dan kekuatan yang dialirkan Allah kepada kita. Makanya tiada yang lain yang mampu kita lakukan melainkan berserah segala-galanya kepada Allah SWT.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword