Satu Sebab Perniagaan Internet Gagal Yang Tidak Pernah Dibincangkan
18 November 2008 | Tiada Komen |
Cetak Artikel
Jika kita ingin meminjam sesuatu barang, kita perlu memintanya dahulu daripada tuan punya barang tersebut. Perkara tersebut telah diajar oleh ibu bapa dan guru kita sejak kita kecil lagi. Setiap sesuatu perkara yang ingin kita lakukan juga adalah sebaiknya memohon keizinan daripada ibu bapa kita terlebih dahulu. Ada yang kata untuk mendapat restu. Walau apa jua alasan dan juga perkara sama ada meminjam atau melakukan sesuatu, pastilah keizinan menjadi satu perkara utama.
Kita hidup berTuhan. Mengaku bahawa Allah Maha Memiliki segala-galanya. Apa yang ada di langit dan di dunia dan di antaranya adalah milik mutlak Allah. Termasuk diri kita sendiri. Hidup kita telah ditakdirkan Allah. Kita tidak boleh mengubah takdir. Ini adalah kepercayaan kita dengan rukun iman yang ke-6; percaya pada Qada’ dan Qadar.
Jika kita mempunyai matlamat yang BUKAN ditakdirkan maka dengan apa cara sekalipun kita akan gagal. Kita akan mencapai apa jua keinginan yang kita impikan HANYA dan KALAU apa yang kita impikan itu telah ditakdirkan. Maka sebenarnya setiap insan itu hidup dengan tujuan dan misi yang ditakdirkan. Ketahuilah dan selami tujuan kita diciptakan, maka jalan-jalan kejayaan menggamit setiap detik kehidupan. Kehidupan kita bukan hanya BERJAYA bahkan akan LEBIH BERMAKNA.
Di dalam perniagaan internet, SALAH SATU KEGAGALAN DISEBABKAN KITA TIDAK MEMOHON KEPADA ALLAH SEBELUM KITA MELAKUKAN PERNIAGAAN INTERNET. INILAH KEGAGALAN UTAMA KITA. Kita tidak memohon agar JALAN YANG KITA PILIH merupakan jalan benar yang menuju kepada takdir yang telah ditentukan. Jika Allah sudah takdirkan kita akan gagal, maka sudah pasti Allah akan memberi sesuatu jalan kepada kita supaya kita tidak melakukan perniagaan awal-awal lagi. Bukan sehingga kita mencuba dan akhirnya kita gagal.
Mintalah kebenaran daripada Allah sebelum melakukan apa jua perkara dan ingatlah Allah sepanjang masa.
BAGAIMANA UNTUK SENTIASA MENGINGATI ALLAH SETIAP MASA? Sukar bukan…tanya diri sendiri…berapa lama kita boleh bertahan ingat Allah? Tengah buat kerja kekadang kita terlupa. Susah untuk mengingati sepanjang masa dan setiap saat. Saya ada caranya. Akan diceritakan dalam artikel akan datang.
Popularity: 9% [?]







