Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kehambaan Diri dan KeTuhanan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Konsep BerTuhan Di dalam Perniagaan Internet

12 November 2008 | 6 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Saya terkejut. Sangat-sangat terkejut sehingga mengucapkan “MashaAllah”.

Semasa seminar perniagaan internet dalam gerakan koperasi yang baru habis tengah hari tadi, saya ada bersembang-sembang dengan pihak penganjur. Saya bertanya kenapa pembentang no.x bukan seperti yang dirancang?

Oh!…dia nak RM1800 satu jam“, kata pihak penganjur.

MashaAllah. Apa sudah jadi dengan orang macam ini. Saya gelengkan kepala.

Seharusnya kalau kita sudah semakin senang tambahan pula sudah bergelar jutawan, kita semakin murah hati. Semakin mudah untuk memberi daripada menerima. Semakin dan bertambah syukur dengan nikmat rezeki yang Allah berikan kepada kita.

Walaupun sudah terkenal, selalu keluar media elektronik atau pun cetak, penyampai ilmu bukan seperti artis. Ilmu yang diberi tidak akan habis. Malah akan bertambah-tambah. Di mana kepercayaan kita kepada Allah di mana semakin banyak kita membantu, semakin banyak rezeki yang akan Allah berikan untuk kita.

Seminar yang diadakan oleh Maktab Kerjasama Malaysia adalah percuma untuk ahli koperasi yang mana lebih 90% merupakan orang melayu. Mereka BUKAN meminta untuk pembentang ajar secara satu persatu. Mereka cuma minta beri kesedaran tentang perniagaan internet. Takkanlah sehingga meminta RM1800 satu jam?

Di dalam pembentangan saya, saya berulangkali meminta ahli koperasi agar melakukan perniagaan bukan semata-mata untuk MENJUAL. Memanglah pada hakikatnya kita berniaga mesti ada jual beli tetapi jangan dijadikan menjual itu menutup hati kita untuk berkongsi ilmu.

Kita seharusnya menjadi penyelesai masalah. Jika kita menjual sesuatu produk, ceritakan kebaikan yang berkaitan dengan produk tersebut. Sebagai contoh, kalau kita menyediakan perkhidmatan menjual kek, berilah beberapa resepi kek yang paling sedap pernah kita lakukan. Apalah salahnya berkongsi resepi kerana walaupun resepinya sama, namun jika dimasak oleh orang yang berlainan, lain rasanya.

Jika anda menjual maklumat seperti ebook atau pun buku, buatlah beberapa artikel tentang kebaikan yang ada kaitan dengan niche buku tersebut. Jika anda berniaga food delivery seperti mangkuktingkat.com, ceritalah bagaimana konsep bisnes yang berasaskan social entrepreneurship dilakukan.

Saya yakin, dengan sendirinya produk dan perkhidmatan kita lebih mudah dibeli dan dilanggan. Kita menjadi problem solver kepada orang lain. Orang lain sentiasa mendoakan kita kerana kita murah hati dengan ilmu. BUKAN MUDAH UNTUK MENDAPAT DOA YANG IKHLAS DARI ORANG LAIN.

Rezeki telah ditakdirkan oleh Allah. Jika kita ditakdirkan bahawa kita tiada rezeki, pada hari tersebut, maka berusahalah bagaimana pun, pasti kita tidak akan mendapat rezeki. SIAPA KATA KALAU KITA USAHA, KITA BOLEH MENGUBAH TAKDIR? Jika ini kefahaman anda, anda perlu belajar semula apakah yang dikatakan hidup BerTuhan sebenar-benarnya. Takdir adalah sesuatu ketetapan. Ini rukun iman yang ke enam.

Saya berharap agar ahli koperasi dapat menukar mind set bahawa kita berbeza tidak sama dengan kaum lain. Kita diberi rezeki semasa hidup dan selepas hidup (syurga) selagi mana kita mengakui bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah. Lebih banyak kita membantu, lebih banyak diri kita dibantu Allah.

Kita lebih kepada menyelesaikan masalah. Tidak kira berniaga kedai runcit atau syarikat yang besar pun semuanya adalah menyelesaikan masalah. Bukankah menjual kicap kepada mereka yang ingin makan kicap merupakan satu proses penyelesaian masalah? Kita beri penyelesaian kepada orang lain untuk memenuhi kehendaknya iaitu makan kicap.

Betulkan semula mind set kita. Jika kita berniaga semata-mata kerana ingin menjual, saya bimbang kita akan meletakkan benda lain lebih tinggi daripada Allah iaitu duit. Jika kita berniaga dengan niat membantu menyelesaikan masalah kepada orang lain, kita lebih ingat Allah kerana kita mudah dan senang hati membantu. Namun di dalam menyelesaikan masalah, produk dan perkhidmatan hanyalah merupakan satu alat di dalam menyelesaikan masalah. Orang perlu membelinya daripada kita. Maka itulah berlakukan proses perniagaan atau jual beli tetapi ia menjadi perkara kedua.

Semoga semakin tinggi kita, hebat kita, terkenalnya kita, kita tidak bongkak dan sombong. Jadilah seperti padi yang mana makin berisi makin tunduk.

Semoga seminar perniagaan tersebut banyak memberi manafaat kepada peserta.

Popularity: 10% [?]

Facebook Comments

  • Bengkel JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Iman itu kesedaran. Cinta itu menguatkan kesedaran. Komunikasi itu melahirkan cinta.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Arkib

  • Popular Keyword