Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kehambaan Diri dan KeTuhanan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Jiwa Super: Hidup BerTuhan Menenangkan Jiwa

3 November 2008 | 7 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Mulai hari ini, saya akan menulis artikel untuk membawa kita semua mempunyai JIWA SUPER. Mengapa mesti jiwa super? Bukan minda super? Bukan fizikal super?

Baik, persoalan yang wujud adalah, adakah jiwa tenang jika fikiran tenang? Atau fikiran tenang kalau jiwa tenang?

Fikiran tidak dapat mengawal jiwa. Maka jika fikiran tenang, jiwa tidak tentu tenang. Tetapi, jiwa adalah punca ketenangan abadi. Jika jiwa tenang, bukan hanya fikiran akan turut tenang malah segala jasad dan rohani akan menjadi tenang. Inilah yang dikatakan JIWA SUPER. Persoalannya bagaimana ingin menjadikan jiwa kita adalah JIWA YANG SUPER?

Sejak dibangku sekolah saya banyak pergi ke kursus-kursus motivasi. Jangan dikira berapa banyak kerana tidak mampu dikira. Saya adalah orang yang paling suka pergi ke kursus, seminar, bengkel atau apa jua aktiviti yang melibatkan peningkatan kualiti diri dan hidup.

Namun saya katakan semuanya gagal untuk meningkatkan mutu hidup saya. Berilah siapa jua motivator pun, sebutlah nama-nama pakar-pakar motivator di dalam negara ini, dan buktikan kepada saya berapa ramai peserta yang mampu dimotivasikan dengan kekal.

Motivasi yang diperolehi dari kursus, seminar, bengkel dan lain-lain tidak mampu kekal lama. Saya percaya ia bukan hanya terjadi pada saya tetapi kepada ramai orang. Jika motivasi yang diberikan hanya berobjektifkan kepada meningkatkan mutu fikiran seperti fikiran positif, kepada semangat yang jitu, saya berani kata motivasi seperti itu membuang masa dan ia adalah gagal.

Saya terus mencari dan mencari. Awal tahun 2002 saya mula mengkaji keupayaan otak. Kerana pada waktu itu saya percaya otak merupakan anugerah Allah yang amat hebat untuk manusia. Kerana dengan otak manusia ini, manusia mampu berfikir dengan hebat.

Tetapi saya masih gagal berjumpa kaedah yang betul. Kita selalu melihat dan membaca rahsia orang yang berjaya dan hebat untuk menjadi hebat. Namun kita seringkali gagal juga. Kenapa? Kerana perjalanan mereka adalah tidak sama dengan perjalanan kita. Kita mungkin boleh meniru cara mereka namun semangat dan ketenangan yang mereka perolehi tidak mampu dipindahkan kepada kita.

Setelah berkahwin pada tahun 2005, Saya banyak membeli buku-buku dan juga VCD-VCD berkenaan dengan konsep brain frequency. Beribu-ribu saya habiskan duit untuk mengikuti kursus melalui online dan membaca kaedah-kaedah yang diberikan. Alhamdulillah, isteri juga minat dengan hal ini. Namun saya dan isteri masih juga gagal walaupun dapat pemahaman jelas tentang kuasa minda ini. Kami gagal kerana persoalan BAGAIMANA melakukannya tidak jelas.

Cth. Kita perlu berfikiran positif. Berapa juta kali kita mendengarnya? Berapa ramai ahli motivasi memberitahunya? Banyak kali. Namun kita tidak pernah diceritakan BAGAIMANA untuk berfikir dengan positif. Kalau kita paksa, ia bukan lagi dari jiwa. Maka ia akan gagal kerana paksaan menyebabkan fikiran dan jiwa bercakaran lantas tidak mampu mewujudkan ketenangan.

Namun hasil daripada belajar tentang brain frequency, saya mula terfikir dan memahami konsep sebenar. Oleh kerana VCD dan kursus tersebut dihasilkan oleh orang bukan Islam, maka saya yakin tentu Islam juga ada menyatakan hal konsep brain frequency ini.

Akhirnya saya kembali kepada konsep keTuhanan. Saya banyak belajar dengan konsep Hidup BerTuhan. Alhamdulillah, dengan ilmu yang dipelajari sebelum ini di tambah dengan konsep hidup BerTuhan, saya dapat menyelesaikan banyak masalah yang terbuku di fikiran saya selama ini.

Ikuti kisah yang saya ingin kongsikan bersama berkenaan dengan JIWA SUPER yang dihasilkan berlandaskan Hidup BerTuhan. Fahami konsep sebenarnya bagaimana. Fahami bagaimana mewujudkan rasa cinta dan sayang kepada Allah dengan rasa yang sebenar-benarnya. Jika kita menyebut nama Allah tetapi tidak berdebar (bukan bergetar) hati dan diri kita, maka kita belum lagi sampai ke tahap cinta dan sayang pada Allah apatah lagi beriman dengan sebenar-benarnya.

Saya bukan mengajar anda, tetapi sekadar berkongsi ilmu yang saya miliki. Mudah-mudahan ia dapat dimanafaatkan oleh semua orang dan semua orang dapat memahami dengan jelas konsep Hidup BerTuhan. Saya bukan ustaz. Jadi konsep ini berdasarkan sains dalam islam.

Jangan lupa subsribe laman web ini di menu sebelah kanan anda untuk memudahkan anda membacanya melalui email apabila terdapat artikel yang baru nanti.

Popularity: 22% [?]

Incoming search terms:

Facebook Comments

  • Bengkel JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Kita ini insan yang hanya memiliki daya dan kekuatan yang dialirkan Allah kepada kita. Makanya tiada yang lain yang mampu kita lakukan melainkan berserah segala-galanya kepada Allah SWT.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Arkib

  • Popular Keyword