Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kehambaan Diri dan KeTuhanan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Yakin Diri

16 October 2008 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

ciri-ciri usahawan internetMemang mudah untuk mengatakan bahawa kita yakin pada diri sendiri. Tetapi sejauh mana kita meyakini diri kita terhadap sesuatu perkara seringkali tidak mencecah 100%. Masalah ini bukanlah wujud dalam diri anda seorang sahaja. Malah ia wujud hampir kepada setiap orang.

Saya suka cerita kungfu panda. Cerita yang memberi pengajaran terbaik di dalam membina keyakinan diri. Scroll Golden Warrior memberitahu kita bahawa untuk berjaya, kita kena yakin pada diri sendiri. Tetapi sebagai seorang islam, perkara utama adalah kita perlu yakin dengan Tuhan iaitu Allah.

Lalu persoalan baru wujud di mana bagaimana untuk kita Yakin dengan Allah 100%. Kita seringkali berkata kita yakin dengan Allah. Tetapi ramai cuma mengatakan yakin ketika dalam solat sahaja iaitu ketika mengucap di duduk antara dua sujud. Bagaimana di dalam aktiviti harian kita? Sejauh mana kita berdoa kepada Allah di dalam melakukan sesuatu perkara?


Sebagai contoh, di dalam kita melakukan internet biz, di dalam kita melakukan aktiviti marketing dan sebagainya, berapa ramai yang berdoa kepada Allah memohon agar apa yang kita lakukan akan berjaya dan mencapai apa yang kita inginkan. Berapa ramai yang berdoa agar Allah memurahkan rezeki kita ketika kita sedang melakukan? Bukankah kita dikehendaki mengingati Allah setiap saat.

Jika kita tidak berdoa, bukankah sebenarnya kita tidak yakin dengan Allah. Lalu bagaimana kita nak percaya pada diri sendiri sedangkan kita tidak pernah berdoa pada Allah agar kita yakin dengan diri sendiri. Berdoa agar Allah melapangkan hati kita dan memberi rahmat kepada kita.

Percayalah pada Allah dengan penuh keyakinan dan doalah kepadaNya agar kita sentiasa yakin dengan diri sendiri. InshaAllah kita akan mula yakin 100% dengan diri kita dan akhirnya kejayaan pasti datang.

Popularity: 13% [?]

Incoming search terms:

Facebook Comments

  • Bengkel JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Ya Allah Kau kurniakan kepada kami pendamping yang terbaik, pernikahan yang berkah, rumahtangga yang sakinah, keturunan yang soleh dan solehah.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Arkib

  • Popular Keyword