Rahsia Video Marketing
17 October 2008 | 2 Komen |
Cetak Artikel
Semua sedia maklum bahawa video marketing merupakan cara marketing yang efektif. Cara yang biasa dilakukan bagi optimasi video marketing adalah dengan mengambil tajuk video yang popular bergantung kepada keyword yang kita inginkan, kemudian letakkan tajuk tersebut pada video kita. Secara mudah, video kita akan menjadi salah satu related video apabila keyword tersebut dicari. Namun hakikatnya, tidak pasti video kita akan disenaraikan di dalam related video berkenaan.
Popularity: 2% [?]
Teknik Efektif SEO
17 October 2008 | Tiada Komen |
Cetak Artikel
Ramai antara kita melakukan pelbagai cara untuk SEO. Sudah pasti perkara utama adalah membina sebanyak mungkin one way backlink. Namun ramai juga tewas dengan permainan SEO ini walaupun saban hari membina backlink.
Beberapa cara mudah untuk mendominasi google adalah:
Popularity: 3% [?]
Auto Blog Post: Google Search Result
17 October 2008 | 3 Komen |
Cetak Artikel
Auto Blog Post akan dibina mulai minggu hadapan 21/10/08 untuk menguruskan blog untuk penjanaan adsense dan lain-lain program internet dengan lebih efektif dan mudah.
Sistem ini akan menjana laman web seperti di sebelah kiri sebagai contoh untuk bergerak sendiri mencari duit poket di internet. Ia mempunyai ciri-ciri SEO yang tinggi di mana semua onpage automation dilakukan secara automatik oleh sistem ini.
Sistem ini akan menjadikan laman web anda kaya dengan search keyword yang berkaitan dengan keyword utama bagi memastikan laman web anda sentiasa dipenuhi dengan pengunjung. Ramai pengunjung, besarlah kemungkinan iklan-iklan anda akan diklik. Sudah pasti pendapatan anda juga lumayan.
Selain itu, struktur iklan yang dipamerkan cukup mencuri minat pengunjung untuk klik iklan anda.
Sistem ini dibangunkan sepenuhnya dengan menggunakan php dan mysql. Ia dijalankan atas asas localhost sahaja tetapi memerlukan talian internet semasa digunakan.
Hasil daripada sistem ini, saya berjaya mengaut keuntungan iklan PPC sebanyak $5-$8 untuk setiap blog sehari tanpa banyak membuang masa bagi menyelenggarakan onpage optimization. Masa yang terlebih itu digunakan untuk melakukan offpage optimization untuk mencari traffik.
Diharapkan agar sistem ini dapat sedikit sebanyak meningkatkan hasil keuntungan di internet.
Popularity: 2% [?]
Yakin Diri
16 October 2008 | Tiada Komen |
Cetak Artikel
Memang mudah untuk mengatakan bahawa kita yakin pada diri sendiri. Tetapi sejauh mana kita meyakini diri kita terhadap sesuatu perkara seringkali tidak mencecah 100%. Masalah ini bukanlah wujud dalam diri anda seorang sahaja. Malah ia wujud hampir kepada setiap orang.
Saya suka cerita kungfu panda. Cerita yang memberi pengajaran terbaik di dalam membina keyakinan diri. Scroll Golden Warrior memberitahu kita bahawa untuk berjaya, kita kena yakin pada diri sendiri. Tetapi sebagai seorang islam, perkara utama adalah kita perlu yakin dengan Tuhan iaitu Allah.
Lalu persoalan baru wujud di mana bagaimana untuk kita Yakin dengan Allah 100%. Kita seringkali berkata kita yakin dengan Allah. Tetapi ramai cuma mengatakan yakin ketika dalam solat sahaja iaitu ketika mengucap di duduk antara dua sujud. Bagaimana di dalam aktiviti harian kita? Sejauh mana kita berdoa kepada Allah di dalam melakukan sesuatu perkara?
Popularity: 3% [?]
Selamat Datang Ke fuadlatip.com
15 October 2008 | 4 Komen |
Cetak Artikel
Salam,
Saudara, fuadlatip.com telah lama wujud. Cuma belum sempat untuk saya menyelenggarakan dengan baik. fuadlatip.com lebih kepada personal website untuk tatapan semua yang mengenali saya samada untuk membaca perjalanan hidup sebelum mati saya atau juga untuk mengetahui dan berkongsi apa jua ilmu yang kita miliki bersama-sama.
Semoga dengan adanya fuadlatip.com, kita dapat merapatkan silaturrahim dan kita dapat menjadi manusia hebat di sisi Tuhan. InshaAllah. Ameen.
Kunjungi selalu dan subscribe rss untuk mengetahui informasi terkini dari fuadlatip.com
Popularity: 2% [?]


